
Badan Khairat Surau As Sahabah (BKAS) Jalan Nuri Seksyen 7 Kota Damansara adalah kemudahan untuk memberikan bantuan kewangan bagi pengurusan jenazah kepada ahli atau waris mereka sekiranya berlaku kematian dalam kalangan ahli atau tanggungan yang berdaftar. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga yang ditinggalkan serta memastikan proses pengurusan jenazah dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
Sistem Badan Khairat As Sahabah diperkenalkan oleh Badan Khairat Surau As Sahabah (BKAS) Kota Damansara berfungsi untuk merekodkan maklumat ahli dan memudahkan pengurusan bantuan kewangan pengurusan jenazah. Untuk menjadi ahli, individu perlu mendaftar melalui sistem ini dan permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Ahli Jawatankuasa Badan Khairat.